Friday, 18 April 2025

Bebiri (Biri Biri) Atau Kibas - Fakta Yang Patut Anda Ketahui

Tahukah anda bebiri merupakan antara haiwan terawal yang dianugerahkan Tuhan untuk manafaat manusia. Ia merupakan haiwan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S (bagi menggantikan Nabi Ismail A.S)  setelah lulus ujian bagi perintah melaksanakan ibadah korban. Ada yang menamakanya sebagai kibas, untuk pengetahuan anda kibas ialah sebahagian dari keluarga bebiri yang bakanya melebihi 200 jenis jumlahnya yang wujud dan pernah direkodkan didunia ini.

Daging bebiri boleh dikelaskan kepada 2 jenis, "lamb" dan "mutton". Takrifannya bedasarkan umur, bagi bebiri yang berumur kurang 14 bulan (boleh  juga setahun berdasarkan baka tertentu) akan dikategorikan sebagai "lamb" manakala daging bebiri yang umurnya melebihi tempoh tersebut dipanggil "mutton". Faktor ini menentukan nilai jualan daging tersebut di pasaran kerana "texture" daging akan berubah mengikut umur. "Texture" merujuk kepada kekenyalan dan kesepaduan iaitu samada liat atau lembut daging tersebut, juga samada daging tersebut banyak atau kurang "jus" iatu air dalam daging. 

Susunya pula lebih berkhasiat secara saintifik dari susu lembu dan dijadikan minuman harian sejak berzaman lalu bagi masyarakat di Timur dan Asia Tengah, Benua Kecil India dan juga di Barat tetapi malangnya masyarakat kita amat kurang meminumnya. Budaya kita menjadikan susu bebiri hanya sebagai ubat untuk penyakit tertentu. Susu bebiri juga diproses untuk dijadikan keju premium dan dijual dengan harga yang mahal seperti Pecorino Romano di Itali, Roquefort di Peranchis, Feta di Greece dan Queso Manchego di Sepanyol. Satu lagi kegunaan susu bebiri ialah sebagai adunan dalam pelbagai barangan kosmetik wanita dan barangan penjagaan diri seperti sabut mandi dan pencuci muka.

Kegunaan penting bebiri selain daging dan susu ialah bulunya, ia telah dijadikan pakaian pemanas badan manusia sejak ribuan tahun lampau. Ada baka tertentu yang diternak hanya untuk mendapatkan bulunya seperti baka Merino dan Cashmere, justeru ia adalah industri yang besar dalam pembuatan pakaian mewah. Ia hanya disembelih dan dijual sebagai "mutton" setelah mencapai tua. Produk sampingan yang jarang kita dengar diperoleh dari industri bulu bebiri ialan "Lanolin", lemak tepu atau gris yang terdapat pada kulit bulu bebiri. Lanolin merupakan pelembab semulajadi dan digunakan secara meluas dalam industri kosmetik dan farmasitikal contohnya pada lipstik dan krim pelembab kerana ia kalis air, juga pada krim anti ruam lampin bayi.

Kulit bulu bebiri pula selalu dijadikan gendang atau drum, alat muzik yang selalu dimainkan di acara acara dan konsert. Jesteru sudah tiba masanya kita memikirkan tentang bagaimana memjana pendapatan dengan menyujudkan industri hiliran hasil dari ternakan bebiri selain dari hanya untuk daging masakan serta dalam ibadah korban dan aqiqah.




Thursday, 27 February 2025

Menu Istimewa Iftar Ramadhan 1446

Tempahan Dibuka Sepanjang Ramadhan

1. Juadah Nasi Briyani Pasemah- RM16/Pax

|Nasi Briyani Basmathi|Daging Pesamah|Ayam Ros|Dalca|Buah|Minuman Sejuk & Panas|

2. Juadah Nasi Briyani Kambing- RM16/Pax

|Nasi Briyani Basmathi|Kuzi Kambing|Ayam Ros|Dalca|Buah|Minuman Sejuk & Panas|

3. Juadah Nasi Tomato - RM12/Pax

|Nasi Tomato Basmathi|Ayam Bawang|Jelatah|Dalca|Buah|Minuman Sejuk & Panas|

4. Juadah Nasi Minyak - RM13/Pax

|Nasi Minyak Basmathi|Daging Masak Hitam|Air Asam Tomato|Buah|Minuman Sejuk & Panas|

5. Juadah Nasi Arab Kabsah Ayam- RM13/Pax

|Nasi Kabsah Ayam|Raita|Daqqus|Buah|Minuman Sejuk & Panas|

6. Juadah Nasi Arab Kabsah Kambing- RM15/Pax

|Nasi Kabsah Kambing|Raita|Daqqus|Buah|Minuman Sejuk & Panas|

7. Juadah Nasi Arab Mendy Ayam- RM13/Pax

|Nasi Mendy Ayam|Raita|Daqqus|Buah|Minuman Sejuk & Panas|

8. Juadah Nasi Arab Mendy Kambing- RM15/Pax

|Nasi Kabsah Ayam|Raita|Daqqus|Buah|Minuman Sejuk & Panas|

9. Juadah Nasi Putih- RM12/Pax

|Nasi Putih|Gulai Ikan|Sayur Kobis|Sambal Belacan|Buah|Minuman Sejuk & Panas|

* Pilihan Minuman Panas

|Tea Tarik|Kopi Tarik|Tea O|Kopi O|

Pilihan Minuman Sejuk

|Sirap Special|Orange|Mango|Sirap Bandung|

Add-On Special

|Kambing Golek|Satay|Kuih Muih|Cendol|